Arkib untuk Ogos, 2009

BENANG BASAH

Posted in Uncategorized on Ogos 27, 2009 by diehatefan

Unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Advertisements

SUCI DALAM DEBU

Posted in Uncategorized on Ogos 26, 2009 by diehatefan

“Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.

Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.

“Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya.

“Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana,” katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Sungai Siput, Perak semalam.

Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti semalam bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata Harussani menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan.

“Mufti kemudian menelefon ketua hakim syariah di Perak supaya menghubungi (ketua hakim syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah saya ini.

“…saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)… beliau memang memahami saya…saya jelaskan semua kepada Mufti,” katanya.

Mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengemukakan rayuan, Kartika Sari Dewi berkata beliau amat menghormati pandangan itu.

“Saya menghormati pandangan Datuk Seri Najib atas keprihatinan beliau tetapi saya tetap dan nekad dengan keputusan saya (menjalani hukuman sebat),” katanya.

Kartika Sari Dewi berkata sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, dia telah menyesal dan insaf serta berpendirian muktamad tidak mahu membuat rayuan.

“Sebelum meminta nasihat daripada Mufti iaitu ketika saya buat keputusan saya rela disebat, saya jumpa ulama dan mereka kata saya telah membuat keputusan yang waras dan ada tempatnya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai beberapa pandangan NGO yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.

Kartika Sari Dewi berkata beliau percaya kepada agama Islam kerana Islam itu lembut dan JAIP tahu apa yang dilakukan adalah mengikut panduan dan hukum Islam.

Kelmarin, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika Sari Dewi adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini ”

BERNAMA

——————————————————————————————————————————-

Kepada  NGO2, Org2 Islam yg x tahu Hukum, Non Islam dont simply make any conclusion on HUKUM ISLAM. walaupon iman aku tidak sempurna tapi aku tahu setiap Hukum Hakam Islam ada hikmahnya. Sangat menyedihkan apabila org ISLAM sendiri mempertikaikan hukum ini.

Kepada Kartika, tahniah aku ucapkan kerena pendirian beliau. Kita semua patot bangga kerana di zaman yg org2 nye berlagak pandai agama, wujud seorg yg berani mengakui kesilapannya seperti Kartika.

Ini bukanlah penghinaan terhadap wanita ataupon penyiksaan tetapi Tauladan dan kesucian Agama Islam sebagai sebuah Agama Yg Sempurna. Mencegah lag elok drp mengubati..

ITS ABAH’S BIRTHDAY

Posted in Uncategorized with tags on Ogos 17, 2009 by diehatefan

happy birthday abah.. igt nk masakan utk abah sempena birthday abah, tapi adik2 plk kat hostel. xpelah sabtu ni kite buke puase same dengan semua sambil menikmati KUEW TEOW KUNGFU.. Please live longer abah. tgk cucu-cicit abah dulu.  MAY ALLEH BLESS ABAH WITH GREAT LIFE. AMIN.. see u again next year..

QOUTE OF THE WEEK

Posted in Uncategorized on Ogos 17, 2009 by diehatefan

“It’s so hard to forget pain, but it’s even harder to remember sweetness. We have no scar to show for happiness. We learn so little from peace.”

CAT HEAVEN (A PERFECT DREAM)

Posted in Uncategorized on Ogos 16, 2009 by diehatefan

In the dream that awakened me,
You had come and taken me to a sea of stars.
The cat stood in the flowers, two ears above.
And the ground that was under me
Was holding me so wonderfully on a bed of leaves
And you were there with me and we were free.
Everything we saw was beautiful and strong and I knew we belonged.
Then the birds came and carried us to the sky
And married us on a bed of stars
Where I was always yours and you were mine.
And in the long black eternity I loved you so perfectly in the words of clouds,
Like a bird sings to his flowers and I was heard.
Everything I saw was everything I’d want
And this world had just begun to live.
Don’t wake me up.
I can’t wake up from this.
Everyone was forgiven, made hopeful,
Made living, made winning tonight.
So captain please consider me.
Let the boats deliver me when I close my eyes.
Drive captain drive.
It’s time for everything to be perfect.
For everything to stop hurting.
Tonight. Don’t wake me up.

NEED THIS

Posted in Uncategorized on Ogos 14, 2009 by diehatefan

Ya allah , berikan aku kekuatan dalam mengharung liku2 hidup ini.

APOLOGIZE

Posted in Uncategorized on Ogos 14, 2009 by diehatefan

Kini aku mengerti bagaimana rasanye. maafkan aku.