Arkib untuk September, 2009

Posted in Uncategorized on September 18, 2009 by diehatefan

YA ALLAH , knp la ada  sahaja yg x kene. aku cube jadi nice. aku xnk menyakiti. aku  nk menyenangkan keadaan. Ya ALLAH, aku tidak ada  tempat mengadu lagi selain kau. Ya allah ampunilah dosa2 dan ketidak sempurnaan aku. mungkin ini lah balasan kau terhadap dosa2 yg aku telah lakukan dahulu. aku bnyk kali melupekan kau , aku tidak menghiraukan kau. Ya ALLAH, sempena ramadhan ini, kau permudahkan lah jalan hidup ini dan berikan la aku cahaya. Jgnla kau putuskan jalan kepada mu Ya ALLAH. Hanya padamu aku bergantung

Advertisements

PADA SUATU KETIKA DAN SEKARANG

Posted in Uncategorized on September 15, 2009 by diehatefan

rindu macam bintang-bintang di atas sana.

DON’T JUDGE A FRUIT BY ITS SKIN

Posted in Uncategorized on September 15, 2009 by diehatefan

Pada suatu petang di opis MM,  aku bersembang dgn beberape orang kawan setelah habis waktu bekerja. Lalu satu soalan telah diajukan kepada aku “BRO, KAU PUASA X? ” aku pon jawap “MESTILAH PUASA, BRO!” . Kawan aku yang bertanye tadi berasa hairan dan pelik lalu memberi pandangan dgn muka serius “BIASANYA ORANG2 MACAM KAU NI, JARANG YANG PUASA”. tapi sebelum sempat aku jawap ada seorg lag memberi pandangan “KAU NI, X SEMESTINYA ORG2 MACAM NI X PUASA”. Mulalah perdebatan yang agak tidak serius. Aku pon mencelah ” WALAUPON AKU MCM NI, LAYAN LAGU2 HANTU, AKU STILL LAG ADE RASA HORMAT DAN PATUH KEPADA AGAMA. TIDAK SEMESTINYA ORG2 YANG NAMPAK BAIK TU SEMUANYA PUASA. BLA… BLA… BLA…”. Selepas itu aku meminta diri untuk pergi kerana ada temujanji berbuka puasa bersama rakan.

MANUSIA MAKIN BIJAK

Posted in Uncategorized on September 9, 2009 by diehatefan

Makin pandai manusia sebenarnya makin bodoh pemikiran mereka. Hukum akal di gunakan sewenang2nya membelakangi Hukum2 agama. Apa nk jadi. Nama Ber “bin” atau “binti” tapi memandai dalam hal agama Walhal sebenarnye mereka amat JAHIL!!! Inilah cabaran umat akhir zaman. walaupon aku x sempurna iman, solat bnyk lubang2, tapi aku tidak berani nk mempersoalkan hukum2 yang tercatat dalam Al-Quran  dan Sunnah. Golongan2 ini aku gelarkan golongan otak letak kat kepale lutut.

http://www.malaysiakini.com/news/112494

KEPALA

Posted in Uncategorized on September 9, 2009 by diehatefan

Kalau otak tu dah letak kat lutut mcm ni lah jadinye. WOI, bodoh ke ape korang sume memalukan Islam betol.

http://www.malaysiakini.com/news/112444

CORRUPTED MIND

Posted in Uncategorized on September 4, 2009 by diehatefan

Kenapa semakin hebatnye dugaan dalam hidup ini semakin dekat kite kepadaNYA, tapi kenapa semakin senangnya hidup  ini atau leka dgn duniawi,  kite sering alpa dan melupakanNYA ? adakah hidup ini  yg aku inginkan???

HUJAN PETANG

Posted in Uncategorized on September 2, 2009 by diehatefan

MASTERPIECE BY : CHINOZ @  PAPA ——-punkers rules!!!!

Aku duduk di atas pangkin sambil menghela nafas panjang. Pandangan yang agak terbatas dek rabun yang aku hadapi. Semakin hari semakin kabur. Tetapi aku tak peduli, yang aku mahu hanya ketenangan sambil menanti hujan reda di petang ini.

Berhenti sebuah teksi di mana pemandunya hanya memandang ku dengan lesu. Aku terpanggil untuk menaiki teksi tersebut sedangkan aku tahu aku hanya mahu berada di pangkin itu. Aku tidak tahu kuasa apa yang menarik tubuh ku untuk berada di dalam teksi tersebut.

Teksi bergerak perlahan meninggalkan asap tebal.

“Mahu ke mana?” tanya pemandu. “Aku sendiri tidak punya jawapan untuk itu.” jawap ku sambil memandang ke luar.

Aku hampir terlelap tetapi sang pemandu memegang bahu ku. “Mahu ke mana?” dengan nada yang serupa.

Aku: Tak tahu

Pemandu: Kau tahu aku siapa?

Aku: Tak tahu. Siapa kau?

Pemandu: Aku ini bakal memacu mu ke arah jawapan yang engkau akan berikan?

Aku: Apa jenis pekerjaan kau ini?

Pemandu: Setiap jawapan yang engkau berikan merupakan hala tuju hidup kau selepas ini. Sebagaimana pangkin yang engkau duduk sebentar tadi, itu adalah sejarah lama yang memangkin hidup kau selama ini. Apabila pandangan kau semakin kabur aku akan datang membawa kau ke arah destinasi baru. Setiap arah yang kau berikan adalah jawapan dan jawapan itu yang akan memacumu ke arah destinasi yang kau sendiri mesti corakkan.

Aku: Jika aku corakkan apa ertinya wujud tuhan?

Pemandu: Tuhan itu memberikan engkau latar dan warna. Dan tugas kau mencorakkannya.

Aku: Sebelum ini kau juga yang membawaku ke destinasi-destinasi kurang enak?

Pemandu: Engkau sudah lupa. Banyak perkara kau sudah lupa. Semenjak kau tunjukkan arah jalan kekosongan yang memeningkan. Aku tinggalkan kau di situ dan nampaknya ia menelan segala ingatan kau mengenai kewujudan aku.

Aku: Apa yang perlu aku buat?

Pemandu: Berikan saja jawapan. Selebihnya itu urusan engkau dan tuhan.

Aku: Aku mahu berhenti di sini.

Pemandu: Di sini?

Aku: Ya, di sini.

Teksi semakin perlahan dan kelihatan satu pangkin baru yang agak elok di mana di sebelahnya ada sepohon bunga.

Aku: Apa ertinya bunga itu?

Pemandu: Itu adalah amanah.

Aku: Amanah apa?

Pemandu: Itu rahsia aku dan tuhan.

Bosan dengan gelagat pemandu teksi itu aku segera turun. Sambil menyeluk poket untuk membayar tambang.

Aku: Berapa tambangnya?

Pemandu: Untuk kau segalanya percuma.

Aku: Sampai bila aku harus berada di sini dan berapa lama juga kau akan memandu teksi ini?

Pemandu: Sehingga penglihatan kau kabur. Aku akan datang mengambil engkau untuk dibawa ke destinasi seterusnya. Destinasi yang kau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kerana segala jawapan berada di tangan engkau sambil tuhan memerhati segala tindak tanduk kau dari segenap arah. Dan aku akan memandu teksi ini untuk kau sehingga ke hentian terakhir.

Aku: Di mana hentian terakhir itu?

Pemandu: Liang lahad.