Arkib untuk MUSLIM

KERANA DIA SEORANG MUSLIM

Posted in Uncategorized with tags on Julai 18, 2009 by diehatefan

Gambar ini kidnap dari Black Iris.

Alexandre W ialah seorang lelaki Jerman berketurunan Rusia yang anti-Islam. Alexandre suka mengejek dan menghina serta mengancam Marwa al-Sherbini dengan menggelarnya “terrorist”. Kerap kali dia cuba menanggalkan secara paksa dan kasar jilbab yang dipakai Marwa. Lalu Marwa membawa perkara itu ke mahkamah.

Semasa hendak memberi keterangan di mahkamah di Dresden, Jerman, Alexandre W menyerangnya dan menikamnya sebanyak 18 kali sehingga mati. Suami Marwa yang cuba melindungi isterinya pula terkena tembakan anggota penguatkuasa mahkamah. Alasan mereka – tak sengaja tertembak.

Suami Marwa kini kritikal di sebuah hospital di Dresden. Marwa pula terkorban, dan membawa bersama-samanya janin yang baru berusia tiga bulan di dalam rahimnya. Yang tinggal ialah seorang anaknya yang masih kecil.

Kita dan seluruh dunia tak berapa tahu tentang berita ni sebab Marwa ialah seorang Muslimah yang berusaha mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah yang taat pada hukum agamanya yang mati di tangan seorang anti-Islam. Tapi kalau yang mati itu ialah Alexandre W semasa cuba menanggalkan jilbab Marwa al-Sherbini, agaknya kisah tu akan jadi lebih hangat dan panas daripada kematian dan pengebumian Michael Jackson kerana jarak waktu kejadian itu tak jauh pun.

Boleh baca lebih lanjut di Institute of Race Relations. Boleh juga tonton pendapat-pendapat wakil masyarakat di Eropah tentang persepsi mereka terhadap pembunuhan tu. Yes, memang ada yang menganggap bahawa isu sebenar ialah kurangnya kawalan keselamatan di mahkamah dan bukan anti-Islam (I agree in a way that both are of different issues altogether) dan juga petikan pengebumiannya yang dihadiri ribuan rakyat Mesir di YouTube.

Semoga Marwa al-Sharbini ditempatkan bersama para syuhada… insya-Allaah. Al khusuusan ila arwaahi Marwa al-Sherbini… al-Faatihah…