Arkib untuk Recep Tayyip Erdogan

CONGRATS RECEP TAYYIP ERDOGAN

Posted in Uncategorized with tags on Januari 30, 2009 by diehatefan

Recep Tayyip Erdogan

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”

“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut.

P/S; sekarang ni nampak Turki negara yg sekular lebih membela Palestine drp Liga-liga Arab, yg hanya mendiamkan diri apabila palestine diserang..
——————————————————————-

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan akan melakukan rombakan menyeluruh terhadap perlembagaan Turki, terutama yang menyangkut pembatasan terhadap penggunaan simbol-simbol Islam di negeri yang menganut sekularisme itu.

Hal pertama yang akan dilakukan Erdogan adalah menarikbalik larangan pemakaian tudung di Turki, terutama di institusi-institusi pendidikan. Ini tersirat dari pernyataannya yang disiarkan Financial Times edisi Rabu (19/9).

“Hak untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi tidak boleh dibatasi hanya kerana apa yang dipakai seorang Muslimah, ” kata Erdogan.
“Hal seperti ini tidak berlaku dalam masyarakat Barat, tapi menjadi masalah di Turki dan saya yakin ini menjadi tugas pertama para ahli politik untuk memecahkan masalah ini, ” sambungnya.

Sejak tahun 1980, setelah rampasan kuasa yang dilakukan tentera Turki, berlaku larangan bertudung di universiti-universiti. Pihak tentera Turki menilai tudung adalah sinonim dengan orang Islam yang menjadi ancaman serius bagi Turki, dan ancaman bagi sistem sekularisme yang dianut negeri itu.

Beberapa media massa Turki sudah menerbitkan draf rombakan konstitusi itu, termasuk fasal-fasal yang akan membolehkan tudung kembali dipakai di kampus-kampus. Namun, pernyataan Erdogan yang ingin melonggarkan larangan bertudung sebagai sebahagian daripada rombakan konstitusi dikritik kalangan elit sekular.

Beberapa rektor universiti dan mahkamah pengadilan di Turki sudah melontarkan peringatan atas perubahan konstitusi itu. Ketua Lembaga Pendidikan Tinggi Turki yang dikenali sebagai sekularis, Erdogan Tezic mengecam rancangan tarik balik larangan bertudung.

“Ini adalah tugas kita untuk mengingatkan masyarakat bahawa sebarang undang-undang yang akan menarikbalik sekatan bertudung, merupakan tindakan tidak sah, ” ujarnya.

Sementara itu seorang profesor di Middle East Technical University di kota Ankara, Ayse Ayat berkata, “Penarikan larangan bertudung boleh menimbulkan tekanan masyarakat terutama kepada kaum perempuan yang tidak mengenakan tudung, agar mereka mengenakan tudung.

Menanggapi pelbagai kritikan atas rancangannya mengubah konstitusi, Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa beliau membuka ruang diskusi seluas-luasnya di parlimen dan di media massa. Beliau membantah tuduhan bahawa partinya-Parti Pembangunan dan Keadilan-yang kini berkuasa, ingin melaksanakan konstitusi negara versinya sendiri.

“Sudah tiba masanya kita memiliki konstitusi yang modern, yang mewakili semua kepentingan bangsa ini… Yang akan mewujudkan idealisme Turki yang bebas, ” kata Tayyip Erdogan.

Advertisements